Strategi Marketing Perniagaan Food Truck

0
131

Strategi Marketing Perniagaan Food Truck 

Ingin perniagaan selalu berkembang? Lakukanlah inovasi. Inovasi boleh dimulakan dari sisi produk yang dijual, cara penyediaan hingga tempat yang akan digunakan untuk menjual.

Salah satu jenis perniagaan yang perlu melakukan inovasi ialah perniagaan kulinari. Mengapa perniagaan perniagaan kulinari perlu dilakukan inovasi? Ini kerana mengenai rasa.

Biasanya pengguna akan mudah bosan dengan produk kulinari yang biasa-biasa. Walaupun sedap, tetapi jika sering dimakan akan timbul rasa bosan.

Disinilah inovasi perniagaan kulinari yang  perlu diterapkan.

Salah satu inovasi perniagaan kulinari yang boleh diterapkan ialah dengan membangun sebuah Food Truck.

Tentu sudah tidak asing lagi dengan “Food Truck” ini. Walaupun di  Malaysia masih belum familiar dan masih baru di bandar-bandar besar, tapi model perniagaan Food Truck ini sudah menarik minat para pengusaha muda.

Perniagaan Food Truck  boleh dikatakan sebagai inovasi perniagaan kulinari yang lebih modern, praktikal dan mobile. Biasanya, restoran adalah tempat biasa penguna untuk membeli makanan. Kini, penjual makanan pula yang akan datang kepada pengguna.

Dari segi penyediaan dan tempat penjualan juga jelas berbeza.

Meski nampak menarik, perniagaan Food Truck ini mampu memberi perolehan yang besar, namun risiko untuk gagal juga besar. Sudah banyak pengusaha Food Truck gagal pada permulaan perniagaan.

Penyebabnya bermacam-macam, salah satunya ialah kesalahan strategi pemasaran.

Kedudukan yang boleh mudah alih, tidak boleh dijadikan kunci kejayaan perniagaan Food Truck semata-mata. Jadi apa sahaja strategi marketing yang boleh dilakukan untuk perniagaan Food Truck ini?

1. Tentukan konsep

Langkah awal adalah menentukan konsep. Konsep harus disesuaikan dengan produk yang akan dijual, model kenderaan yang digunakan hingga brand yang akan dibawa.

Produk makanan atau minuman yang anda jual harus memberi kesan berbeza dari restoran. Sehingga kesan ini yang boleh menarik para pengguna untuk memilih agar membeli di Food Truck anda.

Model kenderaan yang akan digunakan juga menentukan keberkesanan dalam melayani pengguna dan kemudahan anda dalam menyediakan makanan dan minuman.

2. Buat website dan akaun media sosial

Kemunculan website dan media sosial sangat membantu anda untuk memasarkan perniagaan anda, khususnya Food Truck. Di dalam website boleh memberikan informasi produk yang anda jual, kelebihan produk, dan tentunya maklumat mengenai tempat yang anda gunakan untuk menjual.

Website juga boleh digunakan untuk menjaring database pelanggan. Misalnya, menyediakan ciri ahli, di mana ia menjadi ahli yang akan mendapat diskaun atau manfaat lain. Anda juga boleh memberi ciri booking di website. Ciri booking boleh ditujukan untuk komuniti atau kelompok yang ingin mengadakan gathering sehingga anda boleh hadir bersama Food Truck untuk menyediakan makanan dan minuman kepada mereka.

Media sosial juga perlu anda aktifkan, kerana kini ramai yang mengaksesnya terutamanya remaja. Dengan media sosial, informasi akan lebih cepat sampai.

3. Design foto menu yang menarik

Menu yang anda jual sangat berperanan penting untuk menarik para pengguna. Menu-menu favourite yang anda miliki harus ditawarkan melalui design yang menarik.

Untuk itu, dalam mereka bentuk atau membuat foto menu, foto tersebut dapat memberikan kesan lapar kepada orang yang melihatnya. Ertinya, boleh membuat orang membeli makanan/minuman di Food Truck anda.

4. Jalin komunikasi dengan pelbagai komuniti

Anda harus cermat dalam melihat komuniti yang ada di sekitar. Bergabunglah dengan komuniti itu atau jalin komunikasi dengan mereka. Fungsinya adalah, jika ada komuniti yang mengadakan event, anda boleh datang ke event tersebut. Salah satu kunci kejayaan berniaga Food Truck adalah tempat yang ramai orang.

Yang penting jika ingin pergi ke event, lebih baik meminta izin kepada pengurusnya agar nanti tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

5. Bijak memilih lokasi jualan

Anda juga perlu memerhati spot yang sesuai untuk anda berjual. Tempat yang ramai adalah tujuan utama, tetapi tempat yang ramai tidak selalu memberi keuntungan. Boleh jadi, tempat yang ramai itu tidak dibenarkan untuk berjual. Untuk itu, kena bijak dalam memilih tempat.

Jika anda membuka perniagaan Food Truck bersama rakan atau orang lain, pastikan masing-masing memiliki kesepakatan dan job desk yang jelas. Hal ini agar tidak terjadi perpecahan dalam mengendalikan perniagaan tersebut.

Sayang sekiranya perniagaan sudah dijalankan tapi masalah pula datang dari internal. 

Semoga maklumat ini bermanfaat.