iFlix – Perkhidmatan Langganan video-on-demand

0
71

Sejarah penubuhan

2014: Penubuhan iflix

April 2015: iflix mengumumkan penyelesaian RM 124,313,517.53 pusingan pembiayaan diketuai oleh Catcha Group dan Philippine Long Distance Telephone Company (PLDT) di Filipina.

Julai 2015: iflix mencatat lebih 100,000 pelanggan dan menjadi Perkhidmatan TV Internet yang terpantas di Asia Tenggara.

November 2015: Pada fasa percubaan selama 12 minggu, pelancaran rasmi di Thailand pada bulan November telah menarik hampir 200,000 pelanggan.

Mac 2016: iflix memperoleh pelaburan RM 186,478,099.26 dari pengendali televisyen iaitu Eropah Sky plc.

Jun 2016: Mengumumkan pelancaran rasmi di Indonesia.

Ogos 2016: Mengumumkan pelancaran rasmi di Sri Lanka.

September 2016: Mengumumkan pelancaran rasmi di Brunei.

November 2016: Mengumumkan pelancaran rasmi di Maldives.

Januari 2017: Mengumumkan pelancaran rasmi di Pakistan.

Februari 2017: Mengumumkan pelancaran rasmi di Vietnam.

Mac 2017: Mengumumkan pelancaran rasmi di Myanmar.

Apa yang ditawarkan

  1. Menawarkan perkhidmatan video-on-demand (VOD) di Asia dan Afrika di mana aplikasi ini boleh didapati di 25 negara dan menyediakan 14 bahasa.
  2. Menyediakan ciri ‘Senarai main’ yang terdiri daripada produksi filem dari lebih 150 selebriti di Asia Tenggara.
  3. Menawarkan pilihan bagi tontonan luar talian (offline) kepada ahlinya melalui ‘Muat turun dan Tonton Offline’. Pelanggan boleh memuat turun kandungan tanpa sambungan internet . Kandungan boleh dimuat turun sama ada ‘rendah’, ‘sederhana’, atau ‘tinggi’.
  4. Menyediakan perkhidmatan video streaming secara percuma yang disokong oleh iklan.
  5. Dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Digi, pelanggan Digi boleh melanggan iflix secara bulanan dengan harga RM10 atau RM8. Pengguna juga ditawarkan mengakses hiburan tanpa had sehingga 10,000 jam.
  6. Bekerjama dengan Telekom Malaysia Berhad dimana semua pengguna TM UniFi boleh melanggan iflix selama 12 bulan dengan harga RM96 tanpa caj tambahan yang dikenakan.
  7. Menawarkan program TV dan filem dalam format HD yang mempunyai sistem naik taraf audio secara percuma.
  8. Pelanggan menikmati sajian hiburan terbaik, antaranya dapat diikuti selepas 24 jam disiarkan di Amerika Syarikat dengan kerjasama penyedia saluran dan produksi.
  9. Menawarkan kepada pelanggan perpustakaan siri TV yang terkenal dan filem-filem kegemaran peminat di peringkat antarabangsa dan tempatan, termasuklah filem Hollywood seperti The Flash, Arrow, Mr Robot, Vampire Diaries, Big Bang Theory serta filem Bollywood seperti Piku, Barfi! and ABCD.

Founder dan Kakitangan

Founder:

  1. Patrick Y-Kin Grove: Dilahirkan di Singapura pada 1975 dan merupakan CEO Catcha Group yang disenaraikan di Bursa Sekuriti Australia. Pengasas kepada Iflix.
  2. Mark Britt: Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif di iFlix Sdn. Bhd. Group. Berkhidmat sebagai CEO di Ninemsn Pty Ltd. di Nine Entertainment Co. Holdings dari 2011 hingga 2014.

Kakitangan: 501 – 1000

Pelaburan dan Pembiayaan

Tarikh Pembiayaan 2014
Jumlah Pembiayaan RM 1,234,958,105.37
Pembiayaan terkini (2017) RM 551,172,577.23
Pelabur EMCHearst CommunicationsZainEvolution MediaEmtek GroupEDBIHerbert Smith FreehillsDelta PartnersSkyLiberty GlobalCatcha GroupMoelis & CompanyJungle VenturesPLDT
Jenis pembiayaan terkini Siri D
Pesaing Hooq, Viu, Viki, dan Netflix

Alamat

  • Alamat: The Playground, Suite 19.01, Level 19, 
    Centrepoint North, Mid Valley City,
    Lingkaran Syed Putra. 
    59200 Kuala Lumpur.
  • No phone: 60 3 2997 0999
  • Fax: 60 3 2297 0888
  • Website: www.iflix.com